fb fb fb fb fb

Serangan Ukraine, 300 penduduk Belgorod dipindahkan

Kemusnahan di Donetsk akibat konflik Rusia-Ukraine/AFP

MOSCOW, 8 Januari- Rusia telah memindahkan kira-kira 300 penduduk Belgorod, sebuah bandar yang berhampiran dengan sempadan Ukraine, susulan serangan Ukraine.

Gabenor wilayah itu, Vyacheslav Gladkov berkata penduduk yang membuat keputusan untuk berpindah sementara, kini kini ditempatkan di pusat perlindungan sementara di Stary Oskol, Gubkin dan daerah Korochansky yang jauh dari sempadan Ukraine.

“Dalam tempoh 24 jam lalu kami, menerima 1,300 permintaan untuk menghantar kanak-kanak Belgorod ke pusat pemindahan, sebuah sekolah yang jauh dari bandar, di wilayah lain,” katanya menerusi siaran video di Telegrame.

Gladkov menawarkan penduduk Belgorod untuk berpindah dari bandar itu, yang terletak kurang daripada 20 batu (32 kilometer) dari sempadan Ukraine dan yang telah diserang lebih kuat dari Ukraine dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Pemindahan dari Belgorod adalah yang terbesar di Rusia sejak Moscow memulakan 'operasi ketenteraan khas' di Ukraine pada Februari 2022.

Serangan Ukraine ke atas bandar itu pada 30 Disember lalu telah mengorbankan 25 orang awam di Rusia, sekali gus merekodkan paling ramai orang awam maut sejak bermulanya konflik Ukraine-Rusia.

Serangan Ukraine susulan pengeboman besar-besaran oleh Moscow di seluruh Ukraine.-AFP

ROSLINA BINTI DIN