fb fb fb fb fb

Serangan udara, lapan orang terkorban di Afghanistan

Foto Fail

KABUL, 18 Mac- Lapan orang terbunuh termasuk tiga kanak-kanak dalam serangan udara Pakistan di wilayah sempadan Afghanistan, hari ini.

Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid yang mengutuk serangan berkenaan berkata ia merupakan pencabulan terhadap kedaulatan undang-undang.

"Pesawat Pakistan mengebom rumah orang awam di wilayah Khost dan Paktika berhampiran sempadan dengan Pakistan, sekitar pukul 3.00 pagi.

"Di wilayah Paktika, enam orang termasuk tiga wanita dan tiga kanak-kanak terbunuh.

"Dua wanita terbunuh di Khost," katanya menerusi kenyataan.

Ketegangan antara Pakistan dan Afghanistan meningkat sejak Taliban merampas kuasa pada 2021, dengan Islamabad mendakwa kumpulan militan sering melakukan serangan dari negara jiran itu. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM