fb fb fb fb fb

Rio de Janeiro catat rekod suhu tertinggi cecah 62.3 darjah celcius

Rio de Janeiro mencatatkan rekod suhu panas tertinggi mencecah 62.3 darjah Celsius / Foto AFP

BRASILIA, 18 Mac - Rio de Janeiro mencatatkan rekod suhu panas tertinggi mencecah 62.3 darjah Celsius.

Suhu tertinggi itu direkodkan di kawasan Guaratiba, pada pagi Ahad.

Pusat Operasi Rio (COR) memaklumkan suhu panas itu direkodkan sejak Sistem Amaran Rio mula mengambil ukuran pada 2014.

Susulan cuaca panas melampau itu, orang ramai berpusu-pusu ke pantai dan kolam untuk cuba meredakan panas.

Terdapat juga penduduk yang mendakwa berlaku masalah bekalan air akibat suhu panas melampau itu.

Kawasan Guaratiba terdedah kepada suhu tinggi kerana berdekatan dengan lautan dan angin panas dari utara yang melanda kawasan itu -AFP

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN