fb fb fb fb fb

Serangan udara Israel ragut 5 nyawa askar Syria

Israel menolak desakan untuk gencatan senjata selama 21 hari di Lubnan/Foto AFP

DAMASCUS, 27 September - Serangan udara rejim zionist Israel telah mengorbankan lima askar Syria dan seorang cedera berhampiran sempadan dengan Lubnan pada Jumaat.

Menurut agensi berita rasmi SANA yang memetik sumber tentera, serangan berlaku sehari selepas tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas infrastruktur milik pejuang Hezbollah di sepanjang sempadan Syria-Lubnan.

"Zionist Israel telah melancarkan serangan udara... ke atas salah satu posisi ketenteraan kami berhampiran Kfar Yabus di sempadan Syria-Lubnan," kata sumber itu.

Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria melaporkan bahawa pesawat Israel menyasarkan lintasan yang menghubungkan kawasan Qusayr di Syria dengan Lubnan yang menyebabkan beberapa kecederaan. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN