fb fb fb fb fb

Lebih 3,600 maut keganasan kumpulan jenayah di Haiti - PBB

PBB menggesa tindakan tegas oleh pihak berkuasa Haiti dan masyarakat antarabangsa untuk melindungi penduduk Haiti/Foto PBB

GENEVA, 27 September - Lebih 3,600 orang terbunuh akibat keganasan kumpulan jenayah di Haiti pada tahun ini, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Haiti yang merupakan negara paling miskin di Hemisfera Barat, kini berada dalam keadaan huru-hara.

Kumpulan geng telah mengambil alih ibu kota, Port-au-Prince, dan menyebabkan sistem keselamatan serta kesihatan di negara itu menjadi lumpuh.

Dalam enam bulan pertama 2024, lebih 600,000 orang dipindahkan dan 1,280 cedera, termasuk 295 wanita dan 63 kanak-kanak.

Sekurang-kurangnya 893 orang, termasuk 25 kanak-kanak, diculik oleh kumpulan penjenayah itu untuk dijadikan tebusan yang bersaing dalam perebutan kuasa.

"Angka terbaru yang didokumentasikan oleh Pejabat Hak Asasi Manusia PBB menunjukkan sekurang-kurangnya 3,661 orang telah terbunuh sejak Januari tahun ini, mengekalkan tahap keganasan yang tinggi seperti tahun 2023," kata pejabat itu.

PBB menggesa tindakan tegas oleh pihak berkuasa Haiti dan masyarakat antarabangsa untuk melindungi penduduk Haiti.

"Tiada lagi yang patut kehilangan nyawa akibat jenayah ini," kata Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB, Volker Turk. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN