JENIN, 15 Januari- Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan serangan udara Israel ke atas kem pelarian di Tebing Barat membunuh enam individu.
"Terdapat enam individu maut manakala dan beberapa lagi cedera akibat pengeboman Israel ke atas kem pelarian Jenin," kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
Tentera Israel kerap melakukan serangan menyasarkan bandar dan kampung Palestin di Tebing Barat.
Keganasan di wilayah itu meningkat sejak perang di Gaza meletus pada 7 Oktober 2023.
Tentera Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 831 rakyat Palestin di Tebing Barat sejak permulaan perang Gaza, menurut kementerian kesihatan.- AFP