fb fb fb fb fb

Serangan terhadap Israel tindakan bela diri kerana tiada pilihan - Iran

Asap kelihatan di perkampungan Tayr Harfa sempadan selatan Lubnan semalam, susulan konflik berterusan dengan Israel/Foto AFP.

NEW YORK, 15 April - Duta Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amir Saeid Iravani menegaskan bahawa serangan Iran terhadap tanah haram Israel adalah "haknya untuk melindungi diri".

Beliau menyatakan pendiriannya ketika berucap pada mesyuarat Majlis Keselamatan tergempar semalam.

"Majlis Keselamatan ... gagal menjalankan tugasnya untuk memastikan keamanan dan keselamatan dunia dijaga," kata Amir Saeid.

Oleh itu, menurutnya Tehran tidak mempunyai pilihan selain bertindak balas.

Beliau menambah bahawa negaranya tidak berhasrat untuk mencetuskan sebarang ketegangan namun akan bertindak terhadap sebarang ancaman atau serangan daripada pihak musuh.

Amir Saeid juga menyuarakan pendapatnya terhadap Israel.

"Sudah tiba masanya Majlis Keselamatan memikul tanggungjawabnya dan menangani ancaman sebenar terhadap keamanan dan keselamatan antarabangsa," tegas beliau.

Katanya, PBB harus mengambil langkah-langkah untuk bertindak dengan cepat dan menghukum rejim zionist Israel supaya menghentikan pembunuhan penduduk Gaza secara beramai-ramai. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN