LONDON, 15 April- Pasaran saham utama Eropah menyimpang pada pembukaan hari ini apabila peniaga menilai kesan konflik Israel-Iran, hujung minggu lalu.
Indeks penanda aras FTSE 100 London bagi syarikat terkemuka turun 0.3 peratus kepada 7,974.59 mata manakala indeks CAC 40 Paris meningkat 0.5 peratus kepada 8,054.37 mata dan DAX di Frankfurt menokok 0.6 peratus kepada 18,036.01.
Iran melancarkan serangan peluru berpandu dan dron ke atas Israel sebagai tindak balas terhadap tindakan ketenteraan berulang rejim Zionis.
"Apabila Iran melancarkan serangan dron dan ketenteraan ke atas Israel... ia adalah kemuncak peningkatan ketegangan selama beberapa minggu," kata penganalisis XTB Kathleen Brooks.
Beliau menambah: "Pasaran amat bimbang tentang skala serangan ini dan sama ada ia akan membawa kepada peningkatan perang yang lebih meluas di Asia Baraat.
"Pada permulaan minggu baru, ketidakpastian itu telah hilang, terdapat kerosakan minimum daripada serangan dan tiada kematian."-AFP