fb fb fb fb fb

Serangan Rusia ragut 1 nyawa, 9 cedera di Ukraine

Foto REUTERS

ZAPORIZHZHIA, 5 Oktober – Seorang terbunuh manakala sekurang-kurangnya sembilan lagi cedera dalam serangan Rusia di tenggara Ukraine.

Menurut gabenor, Ivan Fedorov, kejadian itu turut menyebabkan lebih 73,000 pengguna menghadapi masalah bekalan elektrik.

Serangan tersebut turut memusnahkan kediaman pangsapuri, dengan penduduk mencari mangsa di bawah runtuhan pada hari sama.

Perdana Menteri Yulia Svyrydenko berkata infrastruktur awam turut terjejas di wilayah Ivano-Frankivsk, Vinnytsia, Chernihiv, Kherson, Kharkiv dan Odesa.

Kementerian Tenaga Ukraine memaklumkan fasiliti tenaga turut rosak di Zaporizhzhia dan wilayah utara Chernihiv.

Kementerian Pertahanan Rusia pada Ahad menyatakan pasukannya telah menyerang fasiliti ketenteraan-perindustrian Ukraine serta infrastruktur gas dan tenaga sepanjang malam.

Moscow meningkatkan serangan ke atas grid tenaga Ukraine dalam beberapa minggu kebelakangan ini menjelang musim sejuk keempat perang, sementara usaha diplomatik untuk menghentikan pertempuran masih menemui jalan buntu. –REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM