fb fb fb fb fb

27 aktivis GSF warga Greece berlepas pulang ke Athens hari ini

Foto AFP

ATHENS, 6 Oktober - 27 warganegara Greece dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan di penjara Israel akan pulang ke tanah air mereka, hari ini.

Kenyataan Kementerian Luar Greece memaklumkan, delegasi kedutaan negara itu telah melawat kesemua 27 aktivis yang terlibat dalam misi berkenaan di penjara.

Kesemuanya disahkan berada dalam keadaan sihat dan menerima sokongan yang diperlukan.

Kenyataan itu turut memaklumkan, pesawat khas yang membawa mereka akan berlepas dari Lapangan Terbang Ramon ke Athens, pada Isnin.

Misi GSF yang disertai lebih 500 aktivis dari 44 negara, termasuk Malaysia belayar menuju Gaza sebagai simbol solidariti dan usaha memecahkan sekatan Israel dengan membawa bekalan penting untuk penduduk Palestin yang terjejas akibat serangan berterusan rejim Zionis.

Pada Rabu lepas, tentera laut Israel mula memintas bot dinaiki mereka, dan menahan hampir 500 aktivis terlibat. - AFP

EMMI NORALIZA ADNAN