fb fb fb fb fb

Rusia hujani peluru berpandu di bandar-bandar Ukraine

DNIPROPETROVSK, 11 Oktober- Detik pengguna jalan raya dan orang awam mengelak daripada letupan besar di Dnipro telah dirakam kamera papan pemuka sebuah kenderaan pada Isnin ketika Rusia menyerang bandar-bandar Ukraine.

Rakaman menunjukkan kepulan asap besar akibat serangan tersebut disusuli satu lagi letupan yang mengakibatkan serpihan terkena pada kenderaan.

REUTERS mengesahkan lokasi video menggunakan tanda lokasi yang disertakan pada kamera pemuka kenderaan berkenaan yang disiarkan secara dalam talian.

Lokasi yang ditunjukkan menerusi aplikasi 'Google Maps' ialah di Jalan Kalynova di Dnipro.

(Tangkap layar rakaman kamera pemuka sebuah kenderaan menunjukkan serangan Rusia
mengakibatkan letupan besar di Jalan Kalynova di Dnipro / Foto REUTERS)

Rusia menghujani peluru berpandu di bandar-bandar Ukraine yang sibuk pada Isnin dalam apa yang disebut Amerika Syarikat (AS) sebagai 'serangan ngeri'.

Serangan udara paling meluas sejak perang bermula itu membunuh orang awam dan menjejaskan bekalan elektrik selain menghancurkan infrastruktur.

Kyiv, Lviv, Ternopil dan Zhytomyr di barat Ukraine turut menjadi sasaran serangan itu.-REUTERS

Media Baharu