fb fb fb fb fb

Atlet wanita Britain pecah rekod dunia squat angkat berat terbanyak dalam seminit

UNITED KINGDOM, 11 Oktober- Atlet angkat berat wanita Britain, Karenjeet Kaur Bains, memecah rekod dunia dengan melakukan senaman squat angkat berat terbanyak dalam tempoh seminit.

Menurut laman sesawang Guines World Records, Karenjeet yang berusia 26 tahun berjaya melakukan aksi itu sebanyak 42 kali dalam 60 saat.

Dia merupakan atlet angkat berat wanita Sikh pertama yang mewakili Britain dalam Sukan Komanwel.

(Karenjeet Kaur Bains, atlet angkat berat Britain / Foto Guiness World Records)

Karenjeet pernah dinobatkan sebagai Juara British dan Juara Seluruh England masing-masing sebanyak lima kali.

Media Baharu