fb fb fb fb fb

Bolivia isytihar darurat akibat kebakaran hutan

Pemandangan bandar La Paz yang diliputi asap tebal akibat kebakaran hutan di Bolivia dan negara jiran, Brazil/ REUTERS

LA PAZ, 8 September- Bolivia mengisytiharkan darurat negara berikutan kebakaran hutan yang marak yang diumumkan kementerian pertahanan negara itu pada Sabtu.

Dalam sidang akhbar, Menteri Pertahanan, Edmundo Novillo berkata darurat itu akan membolehkan negara menyelaraskan sokongan antarabangsa dengan cepat.

'Ini akan membolehkan kami mendapat sokongan yang lebih tangkas dan berkesan daripada negara-negara jiran dan daripada kerjasama antarabangsa," katanya.

Agensi penyelidikan angkasa Brazil yang memantau kebakaran, Inpe berkata Bolivia telah menyaksikan jumlah kebakaran hutan terbesar sejak 2010 dengan sekurang-kurangnya tiga juta hektar terbakar tahun ini.

Amerika Selatan sedang mengalami kemuncak musim kebakaran selepas musim kebakaran awal yang luar biasa mula memusnahkan negara pada Julai berikutan kemarau.

Pasukan pemadam kebakaran Bolivia dikerahkan dan kerajaan telah meminta bantuan antarabangsa.

Sukarelawan Orang Asli cuba melindungi tanah yang mereka gunakan untuk tanaman dan sumber makanan kepada ternakan berhampiran hutan Chiquitano di utara Concepcion yang memanjang ke arah Brazil dan Paraguay, namun ada yang terpaksa berpindah.

Brazil juga mengalami kebakaran besar di bandar-bandar dan hutan hujan Amazon menjadi permulaan yang paling teruk dalam tempoh dua dekad selepas rekod kemarau.- REUTERS

ZEHRA BINTI ZAMBRI