fb fb fb fb fb

Juruterbang cipta potret terbesar Ratu Elizabeth II di udara

UNITED KINGDOM, 11 Oktober- Seorang juruterbang wanita terbang sejauh lebih 400 kilometer untuk mencipta potret terbesar mendiang Ratu Elizabeth II di langit.

Amal Larhlid menerbangkan pesawat jenis Piper PA-28 selama dua jam untuk melukis potret sisi Ratu Elizabeth II memakai mahkota.

Ia juga merupakan sebahagian daripada usaha Larhlid untuk mengumpul dana bagi sebuah badan amal kebangsaan.

(Jejak penerbangan Larhlid membentuk potret bahagian sisi Ratu Elizabeth ll / Foto Flightradar24)

Penerbangan itu dijejaki perkhidmatan pengesan penerbangan antarabangsa, Flightradar24 dan dikongsikan di laman sosial Twitter.

Potret itu meliputi hampir semua kawasan Oxford, manakala mahkotanya terbentang dari Milton Keynes ke Warwickshire.-Flightradar24

Media Baharu