fb fb fb fb fb

Lebih 100 orang maut akibat taufan Ian di Florida

(Foto AFP)

MIAMI, 11 Oktober- Angka kematian akibat taufan Ian di Florida, meningkat kepada 102 orang. Perkara itu disahkan Suruhanjaya Pemeriksa Perubatan Florida.

Menurut pihak berkuasa tempatan, taufan kategori empat itu dengan kelajuan angin maksimum 249 kilometer sejam itu turut memusnahkan banyak kediaman dan premis perniagaan.

Taufan Ian adalah antara ribut yang paling dahsyat melanda Amerika Syarikat pada abad ini. Selepas membadai Florida dan Lautan Atlantik, taufan Ian menuju ke pantai Carolina Selatan.


(Kemusnahan akibat Taufan Ian di Pantai Fort Myers, Florida/AFP)

Pemulihan semula zon pantai Florida yang telah musnah akibat bencana itu dijangkakan mengambil masa beberapa bulan untuk pulih serta dijangka melibatkan kos yang tinggi melebihi AS$50 bilion.

Pada tahun 2005, taufan Katrina melanda Pantai Teluk Amerika Syarikat, telah memusnahkan New Orleans dan menyebabkan kira-kira 1,800 kematian dan kerosakan bernilai berbilion Dolar.

Manakala, ribut Sandy melanda timur laut negara itu pada 2012, menyebabkan kemusnahan dan lebih 100 kematian direkodkan.

Pada tahun 2017, ribut Irma melanda bahagian tenggara AS dan mengakibatkan kira-kira 120 orang terkorban, selain Taufan Harvey di Texas, yang meragut puluhan nyawa serta kerugian hampir AS$97 bilion.-AFP

Media Baharu