fb fb fb fb fb

Serangan Rusia di bandar Lysychansk ragut lapan nyawa orang awam

KREMENCHUK, 28 Jun- Serangan terbaharu Rusia terhadap bandar Lysychansk di timur Ukraine meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa orang awam.

Gabenor wilayah Lugansk, Sergiy Gaiday berkata, ia berlaku ketika penduduk keluar untuk mendapatkan bekalan air.

Terdahulu, serangan peluru berpandu Rusia ke atas sebuah pusat beli-belah di bandar Kremenchuk meragut sekurang-kurangnya 10 nyawa dan mencederakan 40 yang lain.

Angka kematian dijangka meningkat.

(Anggota keselamatan memeriksa runtuhan sebuah pusat beli belah yang dibedil tentera Rusia / Foto AFP)

Serangan di Kharkiv pula meragut empat nyawa dan mencederakan 19 yang lain termasuk empat kanak-kanak.

Pegawai Ukraine menuduh Moscow sengaja menyasarkan orang awam.

Sementara itu, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menyifatkan tindakan Rusia itu sebagai biadap dan kejam.

Ia tidak akan mengubah pendirian Britain dan negara G7 lain untuk terus meningkatkan sokongan ke atas Ukraine. -AFP

Media Baharu