fb fb fb fb fb

Jepun beku aset 70 individu, entiti Rusia

TOKYO, 27 Jun- Jepun akan menambah senarai sekatannya terhadap Rusia dengan membekukan aset 70 lagi individu dan entiti, di samping melarang eksport kepada 90 struktur yang berkaitan industri pertahanan.

Agensi penyiar NHK yang memetik kenyataan Perdana Menteri, Fumio Kishida pada sidang kemuncak G-7 di Jerman itu turut melaporkan, Tokyo juga akan menyokong larangan import emas Moscow dan seterusnya menghentikan penyediaan perkhidmatan audit.


(Foto hiasan)

Pada awal bulan ini, Jepun memutuskan untuk mengharamkan eksport trak, trak pembuangan dan jentolak ke Rusia.

Sekatan terbaharu berkenaan merupakan sebahagian daripada pelbagai sekatan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan Jepun terhadap Rusia.

Secara keseluruhan, Jepun menyasarkan lebih 500 individu Rusia, 11 bank dan lebih 200 syarikat negara itu dikenakan sekatan.

Ia susulan pencerobohannya ke atas Ukraine sejak 24 Februari lalu.-BERNAMA

Media Baharu