fb fb fb fb fb

Serangan ke atas Crimea, seorang maut, dua cedera

Foto Reuters

MOSCOW, 26 Disember- Seorang maut dan dua lagi cedera dalam satu serangan Ukraine ke atas bandar pelabuhan Feodosia di Crimea pada Selasa, kata gabenor wilayah Rusia.

“Malangnya, seorang terbunuh dan dua lagi cedera dalam serangan musuh ke atas Feodosia."

"Infrastruktur pengangkutan berfungsi seperti biasa," kata Sergei Aksyonov di Telegram, sambil menambah enam bangunan telah rosak dan penduduknya dipindahkan.

Tentera udara Ukraine hari ini berkata pihaknya telah memusnahkan sebuah kapal armada Rusia berhampiran Feodosia, disyaki membawa dron untuk digunakan dalam perang Moscow menentang Kiev.

Terdahulu, Aksyonov memberitahu bahawa, kawasan pelabuhan itu telah dikepung.

Ukraine dilapor kerap melakukan serangan di Crimea, terutamanya menyasarkan tentera Rusia.

Pada April 2022, serangan Ukraine telah menenggelamkan kapal penjelajah Moskva, kapal utama armada Laut Hitam.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM