fb fb fb fb fb

Mayat lima beranak ditemukan dalam pangsapuri di Paris

FOTO HIASAN

BOBIGNY, 26 Disember- Lima beranak ditemukan maut dalam sebuah pangsapuri dekat bandar Meaux, timur Paris di Perancis semalam.

Lapor laman web berita tempatan, Actu17, mangsa adalah seorang wanita dan empat anaknya yang masih kecil, sambil menambah polis sedang mencari suami mangsa.

"Bapa berusia 33 tahun itu kini dalam pelarian," tambahnya.

Sejak kebelakangan ini, wilayah Paris menyaksikan beberapa siri pembunuhan kanak-kanak.

Akhir November lalu, seorang lelaki, 41, mengaku membunuh tiga anak perempuannya berusia empat hingga 11 tahun, dan menyerah diri kepada polis.

Polis menemukan mayat mereka di rumahnya di bandar Alfortville.

Sebulan sebelum itu, seorang anggota polis pula membunuh tiga anak perempuannya sebelum membunuh diri di rumahnya di Vemars di Val-d'Oise. -AFP

SITI AISHAH BINTI MD ISA