fb fb fb fb fb

Penasihat Kanan Tentera Iran maut dalam serangan Israel

Sayyed Razi Mousavi/Reuters

TEHRAN, 26 Disember- Seorang pegawai kanan Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC), Sayyed Razi Mousavi terbunuh dalam serangan Israel di Syria.

Berita kematian Sayyed Razi diumumkan menerusi siaran berita televisyen Iran.

Sayyed Razi yang berkhidmat sebagai penasihat kanan tentera untuk IRGC di Syria maut dalam serangan udara di kawasan Sayyeda Zeinab di pinggir bandar Damsyik.

Susulan itu, Iran berikrar akan membalas dendam atas kematian pegawai kanannya itu.

Pada masa sama, Presiden Ebrahim Raisi mengutuk serangan berkenaan yang disifatkan beliau telah menunjukkan 'kelemahan' di pihak Israel.

Israel telah bertahun-tahun melakukan serangan terhadap apa yang disifatkan oleh zionis sebagai sasaran berkaitan Iran di Syria. -Reuters

SITI AISHAH BINTI MD ISA