fb fb fb fb fb

160 terbunuh dalam serangan di Nigeria

FOTO AFP

BOKKOS, 26 Disember- Sekurang-kurangnya 160 orang terbunuh dalam serangan oleh kumpulan bersenjata di tengah Nigeria yang dibelenggu ketegangan agama dan etnik selama beberapa tahun.

Serangan ke atas puluhan buah kampung di wilayah Bokkos, Jos dan Barkin Ladi itu bermula pada Sabtu lalu hingga awal pagi semalam.

"Seramai 113 orang telah disahkan terbunuh di sini kerana permusuhan pada Sabtu, berlanjutan hingga awal pagi Isnin," kata Kassah, Ketua Kerajaan Tempatan di Bokkos, negeri Plateau.

Sementara itu, lebih 300 orang cedera dan dipindahkan ke hospital di sekitar wilayah terbabit untuk rawatan lanjut.

Barat laut dan tengah Nigeria sejak sekian lama dicemari oleh kumpulan bersenjata yang menjadikan hutan sebagai kubu dengan sering menceroboh kawasan perkampungan dan menculik penduduk untuk wang tebusan.

Selain itu, persaingan mendapatkan sumber semula jadi antara pengembala dan petani turut memburukkan lagi ketegangan sosial serta mencetuskan keganasan. -AFP

SITI AISHAH BINTI MD ISA