fb fb fb fb fb

Hujan lebat: Empat maut, 20 hilang di timur Congo

FOTO HIASAN

BUKAVU, 26 Disember- Sekurang-kurangnya empat orang maut, manakala 20 lagi hilang di timur Republik Demokratik Congo selepas sebuah bangunan 'disapu' limpahan air sungai akibat hujan lebat serta ribut.

Ia berlaku di kawasan luar bandar dan perlombongan Mwenga ketika mangsa berteduh di bawah hangar yang berfungsi sebagai restoran sementara di tebing sungai.

Timbalan Datuk Bandar Kamituga, Alexandre Ngandu berkata, hujan lebat mencetuskan tanah runtuh hingga menyebabkan bangunan terbabit dibawa arus sungai.

"Sungai menghanyutkan segala-galanya. Jumlah mangsa adalah 20 hilang dan empat mayat ditemukan," katanya. -AFP

SITI AISHAH BINTI MD ISA