GAZA, 26 Disember- Sayap tentera Hamas, Briged Al-Qassam mengeluarkan satu video serangan oleh pihaknya ke atas kereta kebal Israel yang menceroboh Gaza.
Video serangan dari jarak dekat itu disiarkan semalam, namun lokasi atau tarikh sebenar operasi tersebut tidak dapat dipastikan.
Ia memaparkan salah seorang tenteranya mendekati kereta kebal terbabit dan meletak bahan letupan di sisi kenderaan berkenaan.
Tidak lama selepas dia beredar, letupan besar kelihatan meletus.
Pencerobohan Israel ke atas Gaza melalui darat dan udara sejak 7 Oktober lalu telah membunuh sekurang-kurangnya 20,424 penduduk, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
Sementara itu, seramai 54,036 lagi cedera serta hampir dua juta orang kehilangan tempat tinggal. -Reuters