JOHANNESBURG, 26 Disember- Pasukan penyelamat meneruskan pencarian mayat pada Selasa selepas banjir kilat melanda sebuah bandar di Afrika Selatan yang mengorbankan enam nyawa selain 10 orang dilapor hilang.
Menurut pihak berkuasa wilayah KwaZulu Natal, hujan lebat melanda Ladysmith lewat malam Ahad telah mengakibatkan arus deras membawa kereta dari jalan utama sekali gus memerangkap orang ramai di dalam rumah.
"Skop bencana itu hanya diketahui lewat Isnin. Pada masa ini, kami dilaporkan enam orang disahkan maut dan 10 orang masih hilang. Pencarian kembali dijalankan.
"Tiga mayat ditemui dalam bas mini yang membawa sembilan penumpang manakala enam yang lain masih hilang," kata jurucakap itu kepada AFP.
Satu mayat ditemukan dalam sebuah rumah yang musnah sepenuhnya manakala dua lagi mangsa yang turut berada di dalam, belum ditemui.
Sekurang-kurangnya dua orang lagi terbunuh selepas terperangkap di dalam kereta mereka, akibat dihanyutkan air banjir daripada sungai Bellspruit.
Ribut yang lebih teruk dijangka merentasi wilayah itu pada Selasa.- AFP