fb fb fb fb fb

Serangan Israel di Lubnan, satu pencerobohan

Foto REUTERS

MADRID, 9 Oktober - Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez menyifatkan serangan tentera Israel di Lubnan sebagai 'pencerobohan'.

Beliau menggesa masyarakat antarabangsa supaya bertindak.

"Jelas telah berlaku pencerobohan ke atas negara berdaulat seperti Lubnan dan oleh itu masyarakat antarabangsa tidak boleh kekal acuh tak acuh," kata Perdana Menteri Sosialis itu kepada Parlimen.

“Kami mengecam (keadaan ini) di Ukraine, kami juga mengecamnya di Gaza dan kini kami juga mengecam pencerobohan Lubnan,” tambahnya.

Selepas setahun melancarkan serangan bertubi-tubi di Gaza, rejim zionis kini menumpu kepada Lubnan dengan menyasarkan Hizbullah, iaitu sekutu Hamas.

Menurut data rasmi, hampir 2,000 orang terbunuh di Lubnan sejak Oktober 2023, termasuk lebih 1,000 kematian yang direkodkan sejak Israel meluaskan serangan ke wilayah di selatan dan timur. -AFP

Trainee2