fb fb fb fb fb

Harris dahului Trump 2 peratus, kurang sebulan sebelum Pilihan Raya Presiden – Tinjauan

Harris mendahului pencabarnya Trump dengan kelebihan 2 peratus, kurang sebulan sebelum Pilihan Raya Presiden

MOSCOW, 10 Oktober- Naib Presiden Amerika Syarikat dan calon presiden Demokrat, Kamala Harris, mendahului pencabarnya daripada Parti Republikan, yang juga bekas presiden Donald Trump, dengan kelebihan dua peratus kurang sebulan sebelum Pilihan Raya Presiden.

Demikian menurut agensi berita Sputnik yang memetik tinjauan Redfield & Wilton Strategies.

Laporan tinjauan firma perunding strategik global itu dikeluarkan pada Selasa lalu, mengambil kira kemungkinan responden untuk mengundi, dengan 48 peratus rakyat Amerika menyatakan sokongan terhadap Harris.

Manakala 46 peratus akan mengundi Trump.

Empat peratus responden pula masih belum pasti mengenai calon pilihan mereka.

Apabila ditanya tentang calon yang lebih berkemungkinan memenangi pilihan raya November ini, 42 peratus memilih Harris.

Sementara 38 peratus menyatakan Trump lebih berpeluang untuk memenangi penggal kedua di White House.

Pada masa sama, 12 peratus percaya bahawa perlumbaan presiden akan menjadi "seimbang".

Tinjauan berkenaan dijalankan pada 6 Oktober melibatkan 2,300 responden di Amerika Syarikat.
                   

Trainee