fb fb fb fb fb

Setahun jenayah genosid di Gaza, bukti kegagalan moral Barat

FOTO REUTERS

LUBNAN, 9 Oktober- Setahun jenayah genosid berlaku di Gaza menjadi bukti kegagalan moral bagi negara-negara Barat.

Menjijijkkan lagi apabila jenayah genosid ini turut dilakukan di Lubnan ketika ini.

Mengimbau kembali pengalaman memberi bantuan perubatan sebagai Pakar Bedah Paru-paru di Gaza, Ghassan Abou Sittah memberitahu dirinya terpaksa menyaksikan sendiri bagaimana ramai kanak-kanak di Gaza telah menjadi yatim piatu akibat jenayah genosid oleh rejim Israel sejak 7 Oktober tahun lalu.

"Saya berpendapat bahawa apabila genosid masih lagi berterusan selepas setahun, menjadi bukti kegagalan undang-undang antarabangsa, dan keruntuhan moral negara-negara Barat.

"Ia juga bukti bahawa mereka yang mempunyai kuasa dapat mengawal perang ini dengan menyumbang senjata untuk memastikan jenayah ini berterusan sehingga setahun.

"Ia benar-benar melangkaui tahap mimpi paling buruk," ujar Ghassan, merupakan seorang pakar perubatan daripada Lubnan.

Tambah beliau lagi, ramai kanak-kanak di Gaza telah ditinggalkan dengan kecacatan kekal, kecederaan mental serta kemusnahan sosial yang akan dirasai dari satu generasi ke generasi baharu.

"Kita kena tahu bahawa rakyat Gaza dibunuh di rumah mereka termasuk yang cedera. Jika pasangan ibubapa meninggal, jadi anak-anak juga cedera.

"Kanak-kanak ini kemudian dibawa dari Gaza ke Lubnan untuk mendapatkan rawatan. Ada yang kehilangan kedua-dua ibubapa atau salah seorang daripada mereka atau kedua-duanya cedera," ujarnya.

Situasi bertambah buruk apabila Israel turut menyasarkan petugas dan fasiliti kesihatan di Gaza.

Justeru, Ghassan menegaskan perlunya gencatan senjata dicapai sekali gus membolehkan koridor kemanusiaan dapat dilakukan.

"Berbaki hanya 10% kapasiti sistem kesihatan. Israel telah membunuh 540 profesional kesihatan, lebih 120 doktor senior di peringkat konsultan," ujarnya. - REUTERS

 

 

Trainee2