fb fb fb fb fb

Serangan hendap, 51 askar terbunuh di Burkina Faso

OUAGADOUGOU, 21 Februari- Sekurang-kurangnya 51 askar terbunuh dalam serangan hendap oleh pemberontak di utara Burkina Faso.

Menurut tentera, 160 orang maut dalam insiden berkenaan, setakat Isnin.

"Serangan terbabit berlaku pada hari Jumaat di wilayah Oudalan berhampiran sempadan bergolak dengan Mali dan Burkina Faso.

"43 mayat baharu telah ditemukan, menjadikan jumlah kematian tentera kepada 51 orang.

"Operasi serangan diteruskan dengan memperhebatkan unit tindakan udara, yang akan menyerang serta memusnahkan peralatan mereka," katanya menerusi kenyataan.

Burkina Faso sedang memerangi pemberontakan yang bermula dari negara jiran Mali, pada 2015.

Keganasan tersebut menyebabkan lebih 10,000 kematian dan kira-kira dua juta orang hilang tempat tinggal.- AFP


(Foto AFP)

Media Baharu