fb fb fb fb fb

Konflik Rusia, Ukraine semakin tidak terkawal - Menteri China

BEIJING, 21 Februari- China berasa bimbang dengan peningkatan konflik antara Rusia dan Ukraine.

Menteri luar China, Qin Gang berkata konflik tersebut dilihat semakin tidak terkawal.

"Kami menggesa negara-negara lain untuk segera berhenti menyalakan api," katanya semasa ucapan di Forum Lanting.

Beijing telah mengelak daripada mengutuk operasi Moscow terhadap Ukraine atau memanggilnya sebagai "pencerobohan".

Ia selaras dengan Kremlin, yang menggambarkan perang itu sebagai "operasi ketenteraan khas" yang direka untuk melindungi keselamatan Rusia sendiri.- AFP


(Foto AFP)

Media Baharu