fb fb fb fb fb

Gempa bumi: Tiga maut, lebih 200 cedera di Turkiye

ANTAKYA, 21 Februari- Tiga maut manakala lebih 200 orang cedera dalam kejadian gempa bumi terbaharu di Turkiye.

Menteri Dalam Negeri Turkiye, Suleyman Soylu berkata gempa berkenaan menggegarkan wilayah selatan Turkiye, Hatay dan utara Syria pada Isnin.

"Tiga orang terbunuh dan 213 orang lagi dibawa ke hospital di Turkiye.

"Di Syria, 'White Helmets' berkata lebih 130 orang cedera dan beberapa bangunan yang sudah rosak telah runtuh," katanya kepada pemberita di sini.

Gempa bumi itu berlaku di bandar Defne di Turkiye pada pukul 8.04 malam waktu tempatan dan turut dirasai di bandar Antakya serta Lubnan.

Sementara itu, Agensi Pengurusan Bencana Turkiye berkata satu lagi gempa bumi bermagnitud 5.8 menyusuli tiga minit kemudian dan pusatnya di daerah Samandag di Hatay. - AFP


(Foto AFP)

Media Baharu