QUEENSLAND, 21 Februari- Dua beradik berjaya diselamatkan selepas hampir empat jam berada di lautan.
Dalam insiden di luar pantai Pulau Fraser, bot dinaiki mereka terbalik sebelum karam.
Menurut 'LifeFlight Australia', kedua-dua mangsa yang memakai pelampung, berpaut pada kotak polistirena.
"Kedua-dua mangsa berusia linkungan 20-an dan sedang keluar untuk memancing.
"Ombak besar menyebabkan bot dinaiki mereka terbalik.
"Mereka tidak mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Bundaberg untuk pemerhatian lanjut," katanya menerusi kenyataan. - REUTERS
(Foto REUTERS)