fb fb fb fb fb

Dua mati, tujuh cedera dalam serangan bom

(Foto AFP)

MALI, 21 Februari- Dua terbunuh manakala tujuh cedera akibat bom buatan sendiri yang dilepaskan seorang suspek di pusat pemeriksaan polis di sini.

Menurut gabenor daerah itu, insiden mengorbankan seorang pegawai dan orang awam.

"Orang awam yang terkorban adalah seorang pekerja di dewan bandar.

"Tujuh lagi cedera dalam serangan di Pusat Pemeriksaan Polis Negara Nara," katanya menerusi kenyataan.

Pada 7 Februari, dua pegawai polis dan seorang anggota tentera terbunuh di bandar Nara.

Mali telah mengalami krisis keselamatan selama sedekad yang dicetuskan oleh pemberontak.

Sejak Ogos 2020, Mali berada di bawah pemerintahan tentera.

Keganasan menyebabkan banyak tempat di sini terjejas terutamanya di pusat dan timur negara itu.- AFP


(Foto AFP)

Media Baharu