fb fb fb fb fb

Kilang logam meletup, seorang cedera

(Foto REUTERS)

OHIO, 21 Februari- Sekurang-kurangnya seorang cedera akibat letupan yang berlaku di sebuah kilang logam di sini pada Isnin.

Letupan berkenaan menyebabkan asap tebal, sehingga dapat dilihat dari Lebuhraya Interstate.

Menurut media tempatan, insiden menyebabkan banyak logam cair dan serpihan menghujani bangunan berhampiran antaranya I. Schumann & Co. di Bedford Heights.

"Kebakaran berkenaan menyebabkan bomba dari Cleveland dan Akron turun ke lokasi insiden untuk memadamkan kebakaran.

"Pihak bomba membawa keluar mangsa yang cedera menggunakan helikopter," katanya.

Punca insiden masih dalam siasatan.- REUTERS


(Foto REUTERS)

Media Baharu