MOSCOW, 17 Mac - Rusia menunding jari kepada Ukraine atas serangan dron di selatan Rusia yang menyebabkan kebakaran di sebuah kilang minyak, kata pihak berkuasa wilayah Krasnodar.
Dalam serangan terbaharu itu, seorang dilaporkan maut selepas disyaki serangan jantung.
"Kebakaran di wilayah kilang penapis minyak Slavyansk kini telah dipadamkan sepenuhnya. Menurut maklumat awal, seorang meninggal dunia ketika serangan dron, punca awal kematian adalah serangan jantung," kata ibu pejabat operasi wilayah Krasnodar menerusi Telegram.
Ketua Daerah Perbandaran Slavyansk, Roman Sinyagovsky, berkata seorang pekerja kilang cedera dan menyalahkan serangan ke atas Ukraine. - AFP