fb fb fb fb fb

Enam maut terhidu bau gas beracun di Argentina

Gambar hiasan

BUENOS AIRES, 17 Mac - Lima maut apabila terhidu bau gas beracun ketika mereka cuba menyelamatkan seorang pekerja yang terperangkap dalam telaga di sebuah kampung di Argentina, kata pegawai perbandaran.

Menurut kenyataan majlis perbandaran, kelima-lima penduduk Good Samaritan itu memasuki ke dalam telaga yang merupakan sistem pembetungan untuk membantu seorang juruteknik pam yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian di Bandar Blaquier di wilayah Buenos Aires, pada Jumaat lalu.

Kesemua mangsa berusia antara 27 dan 60 tahun, termasuk seorang bapa dan anaknya.

Media tempatan mengatakan bahawa kedua-dua anggota bomba yang membawa keluar keenam-enam mayat mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan menerima rawatan di sebuah hospital.

Kawasan Blaquier hanya mempunyai beberapa ratusan penduduk. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN