NEW DELHI, 17 Mac - Sebuah kapal yang tawan lanun Somalia di luar pantai India berjaya dirampas semula oleh tentera laut India, semalam.
Tentera berkata, bahawa pihaknya telah menyelamatkan anak kapal dan menghentikan rampasan kapal pengangkut pukal dengan bendera Malta MV Ruen, selama tiga bulan.
Kejadian rampasan kapal pada bulan Disember itu merupakan insiden pertama sejak tahun 2017, yang mana kapal kargo itu berjaya diserbu oleh lanun Somalia.
Dalam tempoh 40 jam lalu, kapal perang India Kolkata, menerusi tindakan bersepadu berjaya mengepung serta memaksa kesemua 35 lanun menyerah diri dan memastikan pemindahan selamat 17 anak kapal.
Tentera India mula memintas MV Ruen pada Jumaat.
Semua anak kapal dilaporkan selamat dalam misi beroperasi selama beberapa hari yang melibatkan beberapa kapal tentera laut, helikopter, dan pesawat lain.
Pemilik Bulgaria Navibulgar menganggap pembebasan Ruen sebagai suatu pencapaian besar bagi seluruh komuniti maritim global.
"Penyelesaian kes ini membuktikan bahawa keselamatan kapal komersial tidak akan terjejas," kata Navibulgar dalam satu kenyataan.
Kementerian Luar Bulgaria berkata, ia sedang menunggu "kepulangan segera" tujuh anak kapal Bulgaria yang diselamatkan.
Anak kapal yang lain ialah sembilan warga Myanmar dan seorang warga Angola.
Menurut tentera, kapal lanun itu berjaya ditawan semula hampir 1,400 batu nautika, atau 2,600 kilometer, dari pantai India.
Kapal dagang yang berdaftar di Malta itu dirampas lanun pada 14 Dis lepas berhampiran Pulau Socotra, Yaman. - AFP