fb fb fb fb fb

Serangan di Syria, bilangan angka korban terus meningkat

(Seorang lelaki mencari barang yang masih boleh digunakan di sekolah yang musnah
akibat serangan peluru berpandu di bandar Kramatorsk, di Donetsk/AFP)

SYRIA, 20 Ogos- Serangan udara yang menyasarkan sebuah pasar di bandar Al-Bab, di Syria mengakibatkan 14 orang maut, termasuk 5 orang kanak-kanak.

Sebelum ini, pasukan penyelamat Helmet Putih melaporkan, angka kematian seramai 9 mangsa.

Helmet Putih turut memaklumkan, angka itu dijangka akan terus meningkat dan operasi mencari mangsa diteruskan.

Sekurang-kurangnya 30 orang kanak-kanak cedera dalam serangan berkenaan.

Perang saudara yang berlarutan sejak 11 tahun lalu di Syria mengakibatkan kawasan utara negara itu menjadi zon kawalan.

Al-Bab terletak dalam kawasan wilayah Aleppo yang didakwa dikuasai pemberontak dilindungi oleh Turki.

Sementara kawasan lain dikuasai oleh tentera Syria yang disokong oleh Rusia.


(Foto pada 19 Ogos 2022 menunjukkan bangunan kilang kimia yang terbakar musnah/AFP)

 

Media Baharu