GAZA, 15 Ogos – Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan, angka kematian meningkat kepada 61,776 orang, manakala 154,906 lagi cedera sejak Oktober 2023.
Dalam tempoh 24 jam lalu, serangan Israel mengorbankan 54 orang dan mencederakan 831 yang lain. Menurut kenyataan itu, seramai 22 mangsa terbunuh ketika cuba mendapatkan bantuan kemanusiaan.
Sumber Palestin pada Khamis turut melaporkan, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) membedil sebuah rumah di kejiranan Zeitoun, Gaza City pada pagi hari yang sama, mengorbankan lapan orang awam dan mencederakan beberapa yang lain.
Pihak Israel setakat ini belum memberikan sebarang maklum balas berhubung laporan tersebut.-REUTERS