fb fb fb fb fb

Lebih 105,000 dos vaksin Imvamune sudah dihantar ke Kanada

Seorang doktor memeriksa pesakit dengan kudis yang disebabkan oleh jangkitan
monkeypox di hospital Arzobispo Loayza, di Lima pada 16 Ogos 2022/AFP

OTTAWA, 20 Ogos- Sebanyak 1,168 kes cacar monyet dilaporkan di Kanada setakat semalam.

Agensi Kesihatan Awam Kanada (PHAC) mengesahkan, ia termasuk 30 kes yang dimasukkan ke hospital.

Kes tertinggi dilaporkan di Ontario dengan 571 kes.

Walau bagaimanapun, keadaan terbaik untuk menangani wabak tersebut adalah dengan pemberian vaksin cacar.

Lebih 105,000 dos vaksin Imvamune sudah dihantar ke wilayah terbabit dengan lebih 59,000 orang telah menerima suntikan dos pertama pada 14 Ogos lalu.

Cacar monyet merebak melalui hubungan rapat dan cenderung menyebabkan gejala seperti selesema dan nanah.

Lebih 99 peratus daripada kes yang dilaporkan membabitkan lelaki dan majoritinya pernah melakukan hubungan sejenis.

Agensi kesihatan awam menegaskan, sesiapa sahaja boleh dijangkiti virus itu melalui hubungan seksual yang berpanjangan atau daripada zarah yang tertinggal pada barangan kegunaan harian seperti tuala.


(Fakta mengenai cacar monyet dan wabak semasa, setakat 16 Ogos/AFP)

Media Baharu