fb fb fb fb fb

Junta Myanmar terbuka kepada rundingan Aung San Suu Kyi

(Foto pada 28 Ogos 2018, Aung San Suu Kyi selepas menyampaikan
ucapan kepada pelajar di Universiti Yangon/AFP)

YANGON, 20 Ogos- Junta Myanmar terbuka kepada rundingan dengan pemimpin yang digulingkan, Aung San Suu Kyi bagi menamatkan krisis tercetus susulan rampasan kuasa tentera.

Perkara tersebut akan dipertimbang selepas perbicaraan di mahkamah, selesai.

Rundingan dua hala itu juga bergantung kepada balasan yang diterima daripada Suu Kyi.

Semalam, Ketua Tentera Myanmar berkata, "selepas proses undang-undang terhadapnya selesai, kami akan mempertimbangkan rundingan berdasarkan jawapan yang diberikan," kata ketua junta Min Aung Hlaing dalam satu kenyataan.

Suu Kyi, 77, telah dijatuhi hukuman 17 tahun penjara atas pertuduhan rasuah dan ditahan sejak jeneral menggulingkan kerajaannya dalam rampasan kuasa pada 1 Februari tahun lalu dan menjerumuskan negara Asia Tenggara ke dalam huru-hara.

Tiada wartawan dibenarkan ketika prosiding berlangsung dan peguamnya dihalang daripada bercakap kepada media.

Junta masih belum memberikan petunjuk bila perbicaraannya akan berakhir.

Minggu ini utusan khas PBB Noeleen Heyzer membuat lawatan pertamanya ke negara itu sejak dilantik tahun lalu dan bertemu Min Aung Hlaing dan pegawai tinggi tentera yang lain.

Menurut kumpulan pemantau tempatan, lebih 2,200 orang telah terbunuh dan lebih 15,000 orang ditangkap dalam tindakan keras tentera terhadap perbezaan pendapat sejak rampasan kuasa berlaku. -AFP


(Foto pada 19 September 2017, Aung San Suu Kyi menyampaikan ucapan di Naypyidaw)

Media Baharu