fb fb fb fb fb

29 orang cedera ringan, gara-gara pemberian wang tunai

(Foto pada 20 Ogos 2022 oleh Sistem Respons Pantas Filipina menunjukkan orang ramai
yang menerima rawatan perubatan selepas tercedera akibat dihempap untuk mendapatkan
bantuan tunai pendidikan sebelum pembukaan semula sekolah, di Zamboanga City/AFP)

MANILA, 20 Ogos- Berpuluh-puluh orang cedera di selatan Filipina dalam kekecohan pelajar dan ibu bapa yang memerlukan wang tunai sebelum pembukaan semula sekolah, kata pihak berkuasa.

Orang ramai mula berkumpul di luar tapak pengedaran di seluruh negara semalam selepas kerajaan mengumumkan bantuan kewangan sehingga 4,000 peso, kira-kira $72 bagi menampung perbelanjaan pendidikan.

Di selatan bandar Zamboanga, kira-kira 5,000 orang berdiri di luar sebuah sekolah menengah untuk mendapatkan wang tunai yang akan diberikan.

Menurut pegawai polis, Josen Samsula kepada AFP, “apabila mereka mendengar pintu pagar hendak dibuka, mereka meluru ke hadapan."

"Jalan masuk yang cerun ke bawah mengakibatkan mereka tersandung dan jatuh ke tanah.

Berikutan kejadian itu, 29 orang dirawat di hospital kerana "cedera ringan", kata Setiausaha Kebajikan Masyarakat Erwin Tulfo.


(Foto pada 20 Ogos 2022 oleh Sistem Respons Pantas Filipina menunjukkan
orang ramai yang menerima rawatan perubatan selepas tercedera akibat dihempap)

Polis pencegah rusuhan turut dipanggil untuk menghalang orang ramai memasuki pintu pagar hadapan perkarangan pejabatnya di Manila pada hari Sabtu jelas Tulfo kepada pemberita.

Tulfo turut memohon maaf berikutan program pengedaran duit ini telah mengakibatkan kecederaan kepada mereka yang memerlukan bantuan kewangan.

Pandemik COVID-19 telah memburukkan lagi keadaan bagi berjuta-juta penduduk Filipina, yang kini bergelut untuk mencari dana bagi menyekolahkan anak-anak mereka.

Filipina adalah salah satu negara terakhir di dunia yang menyambung kelas sepenuh masa secara bersemuka.

Pakar telah memberi amaran kepada penutupan berpanjangan bilik darjah boleh memburukkan krisis pendidikan jangka panjang di Filipina. -AFP

Media Baharu