fb fb fb fb fb

Seorang lelaki maut dalam kejadian tembakan di Sweden

(Polis mengawal kawasan kejadian tembakan di Pusat Beli-belah Emporia di Malmo, Sweden/AFP)

SWEDEN, 20 Ogos- Seorang lelaki maut dalam kejadian tembakan di sebuah pusat membeli-belah di Sweden.

Dalam kejadian itu, seorang wanita turut tercedera dalam tembakan di bandar selatan Malmo.

Bagaimanapun, lelaki menjadi sasaran serangan itu, akhirnya meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya manakala wanita itu dimasukkan ke hospital.

Menurut Ketua Polis Malmo, Petra Stenkula, "Sebenarnya, lelaki yang ditembak adalah sasaran utama dalam kejadian ini," dalam satu sidang akhbar.

Polis berkata mereka telah menahan seorang remaja berusia 15 tahun yang disyaki menjadi suspek dalam kejadian itu.

Mangsa wanita yang berada dalam keadaan serius itu hanyalah pejalan kaki yang melalui kawasan terbabit.

Polis menganggap kejadian itu sebagai " jenayah terpencil" dan telah mengecualikan ianya daripada sebarang aktiviti berkaitan pengganas.

Julai lalu, tiga orang terbunuh dalam satu tembakan di sebuah pusat beli-belah di ibu negara Denmark, Copenhagen, kira-kira 30 kilometer dari Malmo. -AFP


(Polis mengawal kawasan kejadian tembakan di Pusat Beli-belah Emporia di Malmo, Sweden/AFP)

 

Media Baharu