fb fb fb fb fb

Indonesia catat kes pertama cacar monyet

(Tangkap layar Facebook Kementerian Kesihatan Republik Indonesia)

JAKARTA, 20 Ogos- Indonesia telah merekodkan kes pertama cacar monyet melibatkan seorang lelaki berusia 27 tahun yang baru pulang dari luar negara.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh kementerian kesihatan republik negara itu.

Menurut jurucakap kementerian kesihatan Mohammad Syahril kepada media, "Dia mempunyai kesedaran dan pengetahuan yang tinggi tentang penyakit cacar monyet, jadi apabila dia mendapat simptom itu, dia segera melakukan pemeriksaan dengan doktor. Keputusannya positif dalam masa sehari."

Menurut lelaki itu, dia telah mengalami gejala yang telah dirasakan pada 14 Ogos, seperti demam dan berlaku pembesaran kelenjar di bahagian lehernya, namun keadaan lelaki tersebut masih baik.

Keadaan ruam juga sudah mula menampakkan di bahagian tangan, tapak kaki, dan sebahagiannya di tempat sulit.

Kenyataan itu telah disiarkan secara langsung menerusi laman Youtube kementerian tersebut petang tadi.

Sejak 6 Mei lalu, WHO telah melaporkan cacar monyet yang pertama namun pada 23 Julai WHO melaporkan darurat kesihatan global berkenaan wabak ini.

Ketika ini sudah 86 buah negara yang sudah melaporkan kes ini dengan mencatakan kematian sekitar 400 orang.

Indonesia juga telah melakukan segala yang terbaik bagi mengekang wabak ini daripada terus memasuki negara itu.

Segala aspek keselamatan telah dipertingkatkan di kesemua pintu masuk ke Indonesia juga berikutan kejadian ini.


(Tangkap layar semasa sidang media oleh Jurucakap Kementerian Kesihatan Indonesia) 

Media Baharu