(Foto pada 26 September 2017, Angola Jose Eduardo dos Santos melambai ketika
menghadiri majlis angkat sumpah Presiden Angola yang baru dipilih di Luanda/AFP)
JOHANNESBURG, 20 Ogos- Mayat bekas presiden Angola Jose Eduardo dos Santos, yang meninggal dunia di Sepanyol bulan lalu, akan tiba di Luanda hari ini, menurut satu kenyataan kerajaan.
Seorang peguam kepada balu dos Santos mengesahkan mayat, yang telah menjadi punca pertikaian keluarga itu, telah meninggalkan Barcelona dan dalam perjalanan ke ibu negara Angola.
Dalam satu kenyataan, "semalam kami membuat semua persiapan, kami melakukan segala-galanya dan, sememangnya, pagi ini mayat dos Santos terbang ke Angola," kata Josep Riba Ciurana, peguam kepada, Ana Paula dos Santos.
Dos Santos, yang memerintah negara Afrika yang kaya dengan minyak dan besi itu bermula 1979 sehingga 2017.
Bekas Presiden Angola itu meninggal dunia di Barcelona pada 8 Julai ketika usianya 79 tahun selepas mengalami serangan jantung.
Persoalan berkenaan bila dan di mana mayat dos Santos akan dikebumikan sering menjadi pertikaian antara kerajaan Angola dan balunya dinentang beberapa anaknya.
Minggu ini, Mahkamah Barcelona memerintahkan jenazahnya diserahkan kepada Paula dan memberikan kebenaran untuk "penghantaran balik dan pemindahan antarabangsa jenazahnya ke Angola". -AFP
(Foto pada 19 Januari 2015, Presiden Angola Jose Edouardo dos Santos menghadiri
mesyuarat dengan rakan sejawatannya di Republik Demokratik Congo di Kinshasa/AFP)