(Seorang penduduk tempatan menunggang motosikal di sebelah bangunankediaman
yang terbakar akibat serangan berterusan di Siversk, wilayah Donetsk pada 20 Ogos 2022/AFP)
KIEV, 20 Ogos- 12 warga Ukraine, termasuk tiga kanak-kanak, cedera selepas tentera Rusia menyerang blok pangsapuri dan beberapa rumah di bandar Voznesensk, berhampiran loji nuklear utama, kata gabenor wilayah.
Menerusi satu kenyataan Vitaliy Kim, gabenor wilayah selatan Ukraine Mykolaiv, yang dikeluarkan di Telegram, mereka yang tercedera berumur antara tiga dan 17 tahun "semua kanak-kanak itu berada dalam keadaan serius."
Tambah beliau, seorang gadis kehilangan sebelah mata dalam serangan itu.
Perkhidmatan kecemasan di Facebook turut menyatakan sebuah bangunan pangsapuri dan beberapa buah rumah di bandar yang menempatkan kira-kira 30,000 orang itu rosak teruk akibat serangan yang melanda.
Tentera Ukraine pula berkata, mereka telah menembak empat peluru berpandu jelajah berketepatan tinggi Kalibr yang ditembak dari Laut Hitam berhampiran pusat bandar Dnipro.
Ivan Fedorov, datuk bandar Melitopol berkata tentera Ukraine telah mengebom pangkalan tentera Rusia di bandar itu.
Tentera Ukraine pula melaporkan sebahagian serangan Rusia di wilayah timur Donetsk dikawal oleh proksi Rusia sejak 2014 mengatakan "pertempuran masih berterusan." -AFP
(Wanita warga emas memasak makanan menggunakan api di halaman
rumah mereka di Siversk, wilayah Donetsk pada 20 Ogos 2022/AFP