fb fb fb fb fb

Banjir Bhagalpur: Ribuan penduduk diselamatkan

Foto VIORY

BHAGALPUR, 14 Ogos - Banjir di Kampung Bhatoria, daerah Bhagalpur, negeri Bihar, India memaksa ribuan penduduk dari kawasan rendah diselamatkan.

Lebih 8,000 penduduk diselamatkan menggunakan bot, dengan usaha memberi keutamaan kepada keluarga dan haiwan ternakan yang terperangkap.

Negeri Bihar kini dilanda banjir teruk, dengan 12 daerah terjejas, membabitkan lebih 1.7 juta penduduk.

Bhagalpur antara kawasan paling terjejas apabila Sungai Ganga melimpah 80 sentimeter melebihi paras bahaya, menenggelamkan infrastruktur penting dan kawasan kediaman. -VIORY

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM