fb fb fb fb fb

El Shafee Elsheikh dijatuhi penjara seumur hidup

(Gambar fail edaran yang disediakan oleh Pasukan Demokratik Syria pada 10 Februari 2018,
menunjukkan El Shafee Elsheikh, pejuang kumpulan Negara Islam British (IS) yang ditangkap/AFP)

ALEXANDRIA, 20 Ogos- El Shafee Elsheikh atau nama panggilannya "Beatle" dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh mahkamah Amerika Syarikat semalam atas kesalahan mendalangi kematian empat tebusan Amerika di Syria.

Pendakwaan itu membabitkan pembunuhan empat tebusan AS oleh anggota kumpulan militan Daesh iaitu James Foley, Steven Sotloff, Peter Kassig dan Kayla Mueller.

Hakim T.S. Ellis, yang menjatuhkan hukuman itu di Mahkamah Daerah AS di Alexandria, Virginia, berkata kelakuan Elsheikh "boleh digambarkan sebagai mengerikan, biadab, kejam, tidak berperasaan dan, sudah tentu, penjenayah."

El Shafee Elsheikh, 34, dikenakan hukuman penjara seumur hidup selepas disabitkan dengan kesalahan menahan tebusan sehingga menyebabkan kematian dan melakukan kesalahan jenayah yang lain serta menyokong kumpulan pengganas.


(Pengamal media sedang menunggu hukuman ke atas El Shafee Elsheikh di luar
Mahkamah Persekutuan Albert V. Bryan di Alexandria, Virginia pada 19 Ogos 2022/AFP)


Diane Foley, ibu kepada James Foley bercakap kepada Elsheikh dan mahkamah dan menyatakan semalam merupakan peristiwa berdarah "pemenggalan kepala anaknya yang mengerikan."

Foley berkata, "kamu telah dipertanggungjawabkan atas kejahatan kamu," dan “kamu telah kehilangan negara, kerakyatan, kebebasan dan keluarga.

"Cinta melebihi kebencian," katanya. "Saya kasihankan awak, Elsheikh, kerana memilih kebencian." Jelas Diane Foley.

Hakim enggan mempertimbangkan permintaan Zachary Deubler, seorang peguam untuk Elsheikh, apabila meminta Hakim Ellis mengesyorkan kepada Biro Penjara supaya Elsheikh tidak dihantar ke penjara di Florence, Colorado, yang terkenal sebagai "Supermax."

Timbalan Pengarah FBI Paul Abbate berkata kes itu harus menjadi amaran bahawa "mereka yang membunuh atau mencederakan rakyat kita tidak boleh bersembunyi selama-lamanya.

"FBI dan sekutu kami di seluruh kerajaan AS akan bekerja tanpa henti untuk membawa mereka ke muka pengadilan," kata Abbate. -AFP



Media Baharu