fb fb fb fb fb

Pendaftaran haji untuk jemaah Arab Saudi dibuka lebih awal

Foto Fail

RIYADH, 20 Ogos- Pendaftaran mengerjakan haji untuk jemaah tempatan dijadual dibuka lebih awal.

Menurut Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, sesi itu akan bermula pada 1 Safar iaitu sebelum bulan depan.

Ini merupakan kali pertama sesi pendaftaran mengerjakan rukun Islam kelima itu dibuka awal.

Kaedah berkenaan dilaksana bagi memperkenal mekanisme baharu pengendalian haji bagi jemaah domestik.

Ini termasuk membenarkan jemaah mendaftar secara terus di fasiliti terlibat operasi Masyair.

Turut dikhususkan, 25% tempat untuk individu lebih 65 tahun.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu