ANCHORAGE,15 Ogos - Seekor moose dan seekor beruang hitam dilihat berkeliaran di luar Pangkalan Bersama Elmendorf-Richardson, sehari sebelum sidang kemuncak antara Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Presiden Rusia, Vladimir Putin dijadual berlangsung pada Jumaat.
Kehadiran hidupan liar dalam keluarga rusa itu menarik perhatian media yang berkumpul di lokasi menjelang pertemuan kedua-dua pemimpin yang dijangka membincangkan konflik Ukraine.
Terdahulu, Trump berkata beliau percaya Putin bersedia menamatkan perang di Ukraine, namun proses damai berkemungkinan memerlukan satu lagi mesyuarat yang turut melibatkan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy.
Trump turut merendahkan jangkaan mengenai gencatan senjata yang mungkin diumumkan pada sidang kali ini, sambil membayangkan kemungkinan sidang susulan dengan penyertaan lebih ramai pemimpin.
Sementara itu, Putin dilaporkan mengadakan mesyuarat bersama menteri kanan dan pegawai keselamatan Rusia sebagai persediaan menjelang pertemuan penting yang berpotensi menentukan hala tuju penamat peperangan terbesar di Eropah sejak Perang Dunia Kedua. -REUTERS