fb fb fb fb fb

Presiden Korea Selatan mahu pulihkan perjanjian henti aktiviti ketenteraan di sempadan Korea Utara

Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung berucap sempena ulang tahun ke-80 pembebasan Korea daripada penjajahan Jepun/ Foto REUTERS

SEOUL, 15 Ogos - Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung mengumumkan hasrat untuk memulihkan perjanjian bagi menghentikan aktiviti ketenteraan di sepanjang sempadan dengan Korea Utara, sebagai usaha memperbaiki hubungan antara kedua-dua negara yang masih secara teknikal berada dalam keadaan perang.

Dalam ucapan sempena ulang tahun ke-80 pembebasan Korea daripada penjajahan Jepun, Lee berkata beliau akan mengembalikan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif Ketenteraan 19 September, yang dimeterai pada sidang kemuncak antara Korea pada 2018.

Perjanjian itu bertujuan mengurangkan ketegangan di sempadan.

Bagaimanapun, Pyongyang kemudian membatalkan perjanjian tersebut dan berikrar memulihkan semua langkah ketenteraan selepas Seoul menggantung sebahagian daripada perjanjian itu berikutan peningkatan ketegangan.

Sejak memenangi pilihan raya tergempar pada Jun lalu, Lee giat berusaha untuk menghidupkan semula hubungan dengan Pyongyang dan menunjukkan kesediaan untuk kembali ke meja rundingan. -REUTERS

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN